skip to main | skip to sidebar

coretan Fajar

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Selasa, 24 Agustus 2010

Pengenalan Windows98

Diposting oleh coretanfajar di 19.49 Label: Komputer
Sebelumnya, kita telah mengenal apa itu komputer. Sekarang kita juga akan mempelajari tentang Windows98. Windows98 adalah sebahagian dari sistem pengoperasian yang mengawal operasi dan sumber-sumber di dalam sistem komputer. Windows98 merupakan suatu sistem operasi yang mengubah cara pengguna menggunakan komputer supaya lebih mudah dan ramah. Windows98 juga merupakan satu program yang memberikan persekitaran kerja yang berdasarkan kepada penggunaan ikon dan menu. Sistem pengoperasian Windows98 memberikan persekitaran kerja yang ramah pengguna (user-friendly) iaitu berdasarkan kepada konsep antara-muka pengguna bergrafik, atau Graphical User Interface. (Yang sebenarnya Bill gates tiru MacOS punya GUI).

Konsep antaramuka pengguna bergrafik bagi Windows98 adalah berlainan dengan konsep antaramuka pengguna di dalam sistem pengoperasian MS-DOS yang bersifat Character User Interface, di mana pengguna perlu manaip perintah-perintah, pengguna hanya perlu memilih ikon atau perintah-perintah di menu dengan menggunakan tetikus, untuk memberi arahan kerja kepada komputer. Terdapat juga aplikasi yang direka khas untuk digunakan di dalam persikataran Windows seperti Notepad, Paint Bursh, Calender, Calculator, dan lain-lain lagi.


Kelebihan Menggunakan Windows:
  1. Pengguna boleh melarikan lebih dari satu aplikasi dalam suatu masa.
  2. Pengguna boleh membuka lebih dari satu fail pada masa yang sama.
  3. Pengguna boleh berkongsi data dari aplikasi yang lain, dengan mudah. Iaitu boleh menyalin dan alih maklumat di antara aplikasi (copy,cut,paste), berkonsepkan OLE (Object Linking And Embedding), antaramuka yang sama untuk semua aplikasi.
  4. Terdapat banyak perisian cetak rompak yang compatible dengan Windows98 yang boleh dibeli dengan murah, jika dibandingkan dengan MacOS dan sebagainya. (beli dekat Imbi Plaza, Petaling Street atau Ampang Park)
Keburukkan Menggunakan Windows:
  1. Pengurusan system files yang agak berterabur. Contohnya apabila menginstall sesuatu aplikasi, system files DLL akan diletakkan di C:\Windows\System\ sementara aplikasi itu sendiri terletak ditempat lain. Ini akan menyusahkan apabila hendak menguninstall aplikasi tersebut, dan semasa perkonsian DLL (Dynamic Link Libraries).
  2. Menyebabkan pergantungan terhadap penggunaan produk Microsoft. Contohnya, apabila kita menggunakan Windows98, secara terpaksa Internet Explorer diintegrasikan bersama. Ia akan meningkatkan monopoli pasaran Microsoft terhadap browser internet yang lain seperti Netscape, Opera, Mosiac, Java dan lain-lain lagi.
  3. Memerlukan ruang cakara keras yang boleh dikatakan besar jika dibandingkan dengan OS lain (250MB) dan memerlukan sekurang-kurangnya komputer yang berkelajuan 100Mhz dengan RAM sebanyak 16MB.
  4. Sistem sekuriti yang lemah dan senang dicerobohi oleh para hackers. Contoh yang mudah adalah dengan menggunakan NetBus dan BackOrifice, budak darjah satu pun boleh buat.

Perbedaan Windows95 dengan Windows98:

1.    Bugs fixed (pepijat-pepijat dalam Windows95 dibetulkan).
2.    Lebih banyak support terhadap driver-driver hardware yang baru.
3.    Boleh menggunakan dua monitor sekali gus. (MacOS boleh guna 16 monitor).
4.    Dintegrasikan dengan Internet Explorer.
5.    Kernel yang telah diupdate.
6.    Menu dan list menu yang boleh dianimasikan. (Animate windows menu and list).
Kirimkan Ini lewat Email BlogThis! Bagikan ke X Berbagi ke Facebook

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda
Langganan: Posting Komentar (Atom)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kategori

  • agama (7)
  • coretan (6)
  • Komputer (4)
  • Pascal (1)

Kumpul Blogger

Blog Archive

  • ▼  2010 (17)
    • ▼  Agustus (17)
      • Apa yang menghalangi Jilbabmu Saudariku ?
      • Bunuh Diri
      • Raihanna, Pudarnya Cahaya Cleopatra
      • Makna Cinta
      • Tamu Nabi Ibrahim
      • Pengenalan Pascal
      • Pengenalan Windows98
      • Apa yang di maksud DOS?
      • Apa itu Komputer?..
      • Marhaban Ya Ramadhan
      • Lelaki di Tarik ke Neraka karena Wanita
      • Tamu Nabi Ibrahim
      • Mendengarkan Al Quran online
      • kekalutan fatimah az-zahra
      • Kisah Hati yang Mulia
      • film Islam KTP
      • Jadilah dirimu sendiri

Artikel Lain

  • Coretan
    Saudariku… Seorang mukmin dengan mukmin lain ibarat cermin. Bukan cermin yang memantulkan bayangan fisik, melainkan cermin yang menjadi refleksi akhlak dan...
    14 tahun yang lalu
  • Komputer
    Setelah belajar mengenai DOS, pelajaran berikutnya yang saya ingat adalah bahasa Pemograman Pascal. Untuk yang belum mengetahui kita akan memulai dengan se...
    14 tahun yang lalu

Teman Blogroll

  • Bukhari Muslim
  • Belajar Bisnis Online

Followers

Powered by  MyPagerank.Net

kunjungi Iklan Kami

 

© 2010 Anggi Marsela All Rights Reserved Coretan Fajar
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com